“Photography takes an instant out of time, altering life by holding it still.”
Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Perbezaan antara fotografi MICRO, MACRO dan CLOSE UP

             Memang seringkali berlakunya banyak kekeliruan antara para fotografer tentang istilah macro(makro), micro(mikro) dan close up (ntah apa yang sesuai untuk bahasa melayu =P), dan bagaimana ia dibezakan. Sebagai permulaan, micro dan macro adalah perkara yang sama, atau hampir sama, dimana, sebagai contoh, 'lensa macro' Nikon akan menunjukan perkataan micro pada lensa mereka, manakala pada lensa Canon, mereka tetap menggunakan perkataan macro.

Sebagai contoh , lensa macro Nikon disebut AF-S VR Micro-Nikkor 105mm f/2.8G IF-ED Lens, dan disini perkataan micro digunakan.
Dan sebagai perbandingan, lensa macro Canon disebut Canon EF 100mm f/2.8 Macro Lens. Kali ini, bukannya perkataan macro digunakan, anda akan melihat macro sebagai istilah dalam nama kanta.

Apakah istilah macro dan micro jika dikaitkan dengan fotografi?
Perkataan macro bererti besar, manakal perkataan micro bererti kecil. Jadi apakah yang mengaitkan boleh kedua-dua istilah ini?
Jika subjek fotografi yang ingin anda ambil kecil dan anda ingin membuatkan ia kelihatan besar, maka terjadilah pandangan fotografi "macro" dari subjek "micro".

Apakah itu macro (mircro) fotografi?
Fotografi macro adalah fotografi yang diambil dari lensa yang khas didedikasikan untuk fotografi macro. Lensa fotografi macro yang benar akan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 1:1 pembesaran. Hanya kerana suatu kamera ataupun lensa tertentu ada menyata perkataan macro, ia tidak bererti ia adalah lensa macro yang benar. Kedua-dua lensa yang telah dinyatakan di atas dianggap sebagai lensa macro yang benar.

Apakah itu fotografi 'close up'?
Fotografi close up adalah dimana anda mengambil gambar sesuatu subjek, samada serangga atau bunga, dari jarak yang dekat sehingga subjek memenuhi bingkai (frame) gambar. Dengan kata lain, itulah tindakan untuk melakukan fotografi close up. Perkara ini dapat dilakukan dengan sebarang lensa, malah dengan lensa 300mm.
Fotografi close up secara dasarnya adalah fotografi macro jua. Namun, close up tidak selalunya dianggap fotografi macro yang benar. Sebagai contoh, jika anda memiliki kanta yang TIDAK dianggap sebagai lensa macro yang benar, walaupun lensa tersebut tertera perkataan macro (banyak di pasaran kini), ia biasanya dikategorikan sebagai fotografi close up, dan bukannya macro yang benar.

Bagaimana untuk mengenali perbezaan antara fotografi macro dan close up?
Menghasilkan 'detail' terbaik, ialah salah satu perbezaan utama antara fotografi macro/micro dan fotografi close up.
Ada sebabnya kenapa lensa macro dijual dalam harga yang tinggi. Bahawa itu, lensa macro yang benar mampu untuk menghasilkan gambar yang detail yang lebih halus daripada apa yang mata kita lihat. Misalnya bulu/rambut pada serangga atau pola pada matanya.
Ambil dua foto di bawah ini sebagai contoh (bukanlah foto terbaik dikalangan semua, tapi anggaplah hanya sebagai contoh dan utnuk kita berkongsi ilmu =P). Foto pertama adalah contoh yang sangat baik untuk fotografi close up, yang diambil dengan lensa tele-zoom (atau lain-lain jenis). Dan foto kedua adalah foto macro, membolehkan anda melakukan pembesaran yang lebih besar dan menunjukkan detail terbaik.

Dragonfly, originally uploaded by noki2u.
this's me , originally uploaded by noki2u.


**mohon maaf kalau ada kesilapan dalam segala perkara, jika ada kesilapan, silalah betulkan saya, terima kasih**
*akan datang...4/5 alasan yang 'soulful' untuk melakukan fotografi jalanan...



Thursday, March 24, 2011

3/5 alasan yang 'soulful' untuk melakukan fotografi jalanan

3. Ia akan membuat anda 'lebih kemanusian'.



Sesiapapun, dan anda tidak seharusnya, dan maksud saya sebaik-baiknya JANGAN mengambil gambar mereka yang miskin atau kurang bernasib baik. Hal ini bukan kerana alasan keselamatan tetapi kerana seorang jurugambar jalanan tidak akan mengeksploitasikan sesuatu subjek. Jalanan bukanlah Zoo binatang. Ini adalah tempat di mana suami pergi kepada isteri mereka, di mana pasangan kekasih sering kali bertemu, dan di mana keluarga menikmati teman masing-masing. Dan itulah apa yang dilihat pada mata fotografer jalanan dan dengan maka itulah dia fotograf kemanusiaan dan bukan pada suatu kegagalan.




Thursday, February 17, 2011

2/5 alasan yang 'soulful' untuk melakukan fotografi jalanan

2. Ini akan membuka mata anda. 
          Tidak di tahap mikroskopik tetapi dalam tahap jika anda tidak memiliki kamera, anda hanya melihat pada gambar-gambar. Yang membosankan akan kelihatan menarik dan hal-hal duniawi pula akan kelihatan penting. Melihat sesuatu berbeza atau tidak dari orang lain, itulah ciri2 yang dimiliki oleh seorang jurugambar, bergitu juga seperti seorang artis yang sering menghasilkan lukisan abstrak. Ketika seorang jurugambar menekan butang, dia tahu bahawa saat itulah, semuanya jatuh ke satu tempat mana gerakan subjek atau cahaya yang mengenai tepat saat tersebut.

a famous photo by henri-cartier bresson 



1/5 alasan yang 'soulful' untuk melakukan fotografi jalanan

1. Ia berasal dari idea yang sederhana: saya nak keluar hari ini dan bergambar.
          Seorang fotografer jalanan tidak memerlukan pencahayaan yang mahal, tripod, atau senarai pengambaran. Motivasi utama untuk mereka hanyalah, keluar dan shoot apa yang saja dunia sediakan untuk anda, dari lokasi, pencahayaan, atau keadaan tertentu. Fotografer jalanan tidak terhad hanya di jalanan, ia merangkumi segalanya yang berada di luar. Fotografer jalanan akan bekerja dengan apa yang telah diberikan kepadanya. Ada kalanya terdapat satu keadaan yang ideal tetapi jurugambar jalanan tidak akan membiarkan situasi menghalang visinya. Semua yang diperlukan oleh jurugambar jalan adalah mata yang sensitif, kamera berfungsi dengan baik dengan kad memori ataupun filem, dan kasut (atau mana2 alas kaki) yang baik.


 
Powered by Blogger